Pada 30 April 2026 yang lalu, satu program Gotong-Royong EKSA telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat kerjasama dan komitmen daripada semua warga jabatan. Aktiviti yang dijalankan termasuklah kerja-kerja pembersihan ruang pejabat, penyusunan fail dan dokumen, pelupusan barang tidak diperlukan serta pengindahan kawasan persekitaran pejabat. Diharapkan program seperti ini akan terus dilaksanakan secara berkala bagi memastikan persekitaran kerja sentiasa berada dalam keadaan terbaik serta selaras dengan standard EKSA yang ditetapkan.
No comments:
Post a Comment