Monday, 11 May 2026

Amalkan 5 Perkara, 15 Minit Sebelum Pulang Kerja

 

Bagi membudayakan amalan EKSA di tempat kerja, warga Majlis Daerah Perak Tengah digalakkan meluangkan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum tamat waktu bekerja untuk memastikan ruang kerja sentiasa kemas, bersih dan teratur. Amalan kecil ini mampu mewujudkan suasana kerja yang lebih selesa, produktif dan kondusif untuk semua warga pejabat.

Antara amalan yang boleh dilakukan ialah mengemas ruang kerja, membersihkan kawasan daripada habuk, menyusun kerusi dan dokumen dengan teratur, mengamalkan budaya EKSA secara bersama serta menjimatkan penggunaan tenaga elektrik dengan menutup suis peralatan yang tidak digunakan.

Marilah kita bersama-sama menjadikan EKSA sebagai budaya kerja harian demi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih sistematik, ceria dan berkualiti. “Persekitaran Bersih, Kerja Lebih Efisien.”

Sunday, 3 May 2026

GOTONG-ROYONG EKSA

Pada 30 April 2026 yang lalu, satu program Gotong-Royong EKSA telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat kerjasama dan komitmen daripada semua warga jabatan. Aktiviti yang dijalankan termasuklah kerja-kerja pembersihan ruang pejabat, penyusunan fail dan dokumen, pelupusan barang tidak diperlukan serta pengindahan kawasan persekitaran pejabat. Diharapkan program seperti ini akan terus dilaksanakan secara berkala bagi memastikan persekitaran kerja sentiasa berada dalam keadaan terbaik serta selaras dengan standard EKSA yang ditetapkan.







Thursday, 13 February 2025

CARTA ORGANISASI ZON IBNU KHALDUN 2025

Pada 07 Februari 2025 telah berlangsung mesyuarat pelantikan Ketua Zon Ibnu Khaldun dan Ahli Jawatankuasa yang baharu. Tahniah kepada En. Mohammad Farid bin Shaari atas pelantikan sebagai ketua zon yang baharu dan Ahli Jawatankuasa yang lain untuk sesi 2025. Semoga dengan pelantikan ini dapat memacu Zon Ibnu Khaldun dengan lebih cemerlang dalam melaksanakan amalan EKSA. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada mantan Ketua Zon En. Zapril bin Abu Hassan yang telah membawa Zon Ibnu Khaldun memperolehi pelbagai kejayaan.

 

 





Monday, 20 November 2023

PENSIJILAN SEMULA EKSA OLEH PEJABAT SUK PERAK

 

Pada 21 November 2023 (Selasa), Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT)  telah menerima pasukan Audit EKSA dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Tujuan auditan adalah untuk mendapatkan pensijilan semula EKSA di Majlis Daerah Perak Tengah.







Sebanyak enam zon EKSA telah diaudit oleh pihak Champion EKSA SUK. Antaranya Zon Ibnu Naqib, Zon Ibnu Khaldun, Zon Ibnu Sina, Zon Al-Farabi, Zon Al-Biruni dan Zon Al- Khawarizmi.













Amalkan 5 Perkara, 15 Minit Sebelum Pulang Kerja

  Bagi membudayakan amalan EKSA di tempat kerja, warga Majlis Daerah Perak Tengah digalakkan meluangkan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum ...