Wednesday, 28 June 2023

Lawatan Penanda Aras Pasukan Eksa Majlis Daerah Perak Tengah Ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan

 

Pada 20 Jun 2023 (Selasa), Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT)  telah membuat lawatan penanda aras ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan. Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan perkongsian ilmu dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak tentang cara pelaksanaan EKSA di Pejabat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Lawatan ini diketuai oleh Setiausaha MDPT iaitu Encik Mohd Ainurridha bin Ahmad Majdi selaku Pengerusi EKSA MDPT serta 20 orang pegawai yang terdiri daripada Penyelaras, Fasilitator, Setiausaha, Ahli Jawatankuasa, Ketua Zon dan AJK Audit EKSA MDPT.

Lawatan dimulakan dengan taklimat di Bilik Gerakan Negeri Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan yang dipengerusikan oleh Puan Anita binti Amri selaku Penyelaras EKSA Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan diikuti dengan lawatan ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Kerajaan Tempatan dan Bahagian Unit Perancang Ekonomi Negeri Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.










No comments:

Post a Comment

PENSIJILAN SEMULA EKSA OLEH PEJABAT SUK PERAK

  Pada  21 November 2023 (Selasa),  Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT)  telah menerima pasukan Audit EKSA dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Ne...